Berita UtamaDunia

Hamas kecam UAE import barang dari negara haram Israel

Tindakan UAE ibarat galakkan pembangunan penempatan haram di tanah Palestin

DUBAI, 27 Jamadilawal 1442H, Isnin – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas)  mengecam Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana mengimport produk barangan dari negara haram Israel, lapor Anadolu.

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem dalam satu kenyataan berkata, tindakan UAE itu sama seperti menggalakkan pembangunan penempatan haram Zionis di tanah Palestin yang dijajah.

Katanya, perjanjian perdagangan UAE-Israel memberi tekanan kepada polisi perpindahan yang diamalkan oleh sayap kanan Zionis.

Saluran Israel 7 sebelum ini melaporkan bahawa penghantaran barang komersial pertama dari produk penempatan Israel ke UAE bermula hari Ahad.

Tidak ada komen segera dari pihak berkuasa Emirat mengenai laporan tersebut.

UAE dan Israel menandatangani perjanjian yang ditaja Amerika Syarikat (AS )pada bulan September untuk menormalkan hubungan mereka, langkah yang diikuti oleh Bahrain dan Sudan dan baru-baru ini Maghribi.

Perjanjian normalisasi itu telah mendapat kecaman yang meluas dari rakyat Palestin, yang mengatakan ia satu kesepakatan mengabaikan hak mereka dan tidak melayani kepentingan Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button