Berita Utama

Patutnya parti politik kerjasama dengan rakyat pulihkan negara

KKM perlu ambil kira pandangan pakar kesihatan dalam rangka strategi

BANGI, 27 Jamadilawal 1442H, Isnin – Semua komponen parti politik sepatutnya bekerjasama dengan rakyat dan penjawat awam untuk memulihkan semula keadaan negara.

Ini kerana pergelutan politik yang berlaku ketika ini – membabitkan perebutan kuasa dan ketidakstabilan kedudukan kerajaan serta Perdana Menteri – hanya memburukkan lagi keadaan.

Apatah lagi, ketika negara masih bergelut memerangi pandemik COVID-19, banjir besar, keadaan industri yang belum pulih dan sistem pendidikan tertangguh, kata Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

“Saya juga berharap Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil pandangan pakar-pakar kesihatan dari universiti, Persatuan Pakar Kesihatan Awam dan swasta dalam merangka strategi berkesan.

“Pandangan-pandangan ini adalah dalam rangka membantu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kemelut politik dan gesaan pemimpin parti supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan dalam masa terdekat.

Gesaan seumpama itu menimbulkan kebimbangan banyak pihak termasuk profesional kesihatan, memandang kes penularan wabak COVID-19 di negara ini masih tinggi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button