Berita Utama

Yayasan Ikhlas, Nestlé serah 14,000 pek susu untuk rakyat B40 di Sabah

Sebanyak RM480,000 disumbangkan pada rakyat Sabah, Sarawak tahun lalu

KOTA KINABALU, 27 Jamadilawal 1442H, Isnin – Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin dengan kerjasama Nestlé menyalurkan sumbangan kepada seramai 7,000 keluarga B40 yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sabah.

Pegawai Operasinya, Syafiq Syahmi berkata, sumbangan ini dijalankan melalui Projek Pek Ikhlas di bawah Yayasan Ikhlas. 

“14,000 pek susu yang telah disumbangkan oleh Nestlé Malaysia diagihkan kepada masyarakat di Sabah.

“Kami akan terus komited untuk membantu masyarakat B40 yang terkesan sepanjang penularan wabak COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb.net.

Dalam pada itu, beliau berkata, sepanjang tahun 2020 lalu, Yayasan Ikhlas telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM480,000 untuk masyarakat di Sabah dan Sarawak.  

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan ke Maybank Yayasan Ikhlas 5628 3463 6228 atau layari www.yayasanikhlas.org.my

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button