Berita Utama

Beberapa jalan di PJ, Damansara ditutup mulai 12.01 pagi

Polis minta orang ramai berada di rumah putuskan rantaian COVID-19

PETALING JAYA, 28 Jamadilawal 1442H, Selasa – Beberapa jalan raya di enam lokasi Petaling Jaya akan ditutup, berkuat kuasa 12.01 pagi pada Rabu (13 Januari), kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.

Beliau berkata, jalan akan ditutup selaras dengan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Jalan-jalan ini akan ditutup dari jam 12.01 pagi 13 Januari hingga 26 Januari.

“Jalan yang akan ditutup adalah Jalan 4/56 di Gasing Indah, Jalan Persiaran Mahogani di Kota Damansara, Jalan Persiaran Jati di Kota Damansara, dan Jalan Persiaran Sungai Buloh di Kota Damansara.

“Selain itu, Lebuh Raya Damansara-Puchong susur keluar ke Mutiara Damansara/Damansara Perdana; laluan masuk Tol Damansara ke Bayu Puteri berdekatan Tropicana, Damansara dan persimpangan lampu isyarat PJU 8/1 Damansara Perdana turut ditutup,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa orang ramai untuk tinggal di rumah dan mematuhi PKP bagi memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

“Kami berharap pengguna jalan raya terutama di Petaling Jaya bersabar dan kuat dalam menangani wabak ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button