Berita Utama

Guru tak perlu jalani ujian saringan COVID-19

Hanya perlu patuhi SOP ketat dalam tangani penularan

KUALA LUMPUR, 28 Jamadilawal 1442H, Selasa – Guru yang akan mula bertugas di sekolah pada sesi persekolahan 20 Januari ini tidak perlu menjalani ujian saringan COVID-19 namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengekang penularan pandemik itu.

Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata beliau yakin pematuhan SOP yang ketat dariapda semua pihak mampu mengurangkan risiko penularan COVID-19 serta memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung dalam keadaan selamat.

“Kapasiti sistem kesihatan sedia ada yang tidak mencukupi dan terhad juga tidak membolehkan pelaksanaan ujian saringan COVID-19 dalam kalangan guru, justeru pematuhan SOP yang ketat adalah amat penting,” katanya pada sidang media Pengoperasian Institusi Pendidikan Di Bawah KPM di sini hari ini.

Beliau berkata guru yang mempunyai masalah kesihatan dan berisiko tinggi boleh berbincang dengan pihak pengurusan sekolah bagi membolehkan mereka mengajar secara dalam talian.

“Mereka perlu sertakan surat khas daripada doktor bagi menerangkan masalah kesihatan yang dihadapi untuk diteliti dan dipertimbangkan oleh pihak pengurusan sekolah masing-masing,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button