Berita Utama

Kartel daging: Ejen penghantaran ditahan bantu siasatan

Suspek dijangka dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman

JOHOR BAHRU, 28 Jamadilawal 1442H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini menahan seorang lelaki disyaki terlibat dengan rasuah, yang berkaitan dengan isu skandal kartel daging.

Difahamkan lelaki berumur 55 tahun yang merupakan ejen penghantaran itu ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira pukul 8.00 malam semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan tangkapan, namun enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

Lelaki itu dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret pagi ini bagi permohonan reman.

Pada 1 Disember tahun lepas, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dilaporkan telah mendedahkan kegiatan kartel daging sejuk beku import yang membawa masuk daging tanpa sijil halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk membolehkannya dijual di pasaran tempatan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button