Berita UtamaDunia

Kecemasan! Lubnan laksana perintah berkurung 24 jam

Kes jangkitan COVID-19 telah atasi keupayaan sistem perubatan

BEIRUT, 28 Jamadilawal 1442H, Selasa – Lubnan perketatkan sekatan dengan memperkenalkan perintah berkurung 24 jam mulai Khamis susulan jangkitan COVID-19 mengatasi sistem perubatannya.

Perintah berkurung sepanjang hari baharu bermula pada jam 5 pagi waktu tempatan dan berakhir pada jam sama pada 25 Januari, menurut kenyataan Majlis Pertahanan Tertinggi.

Minggu lalu, Lubnan mengarahkan perintah berkurung sehingga 2 Februari – merangkumi waktu malam pada jam 6 petang hingga 5 pagi.

Bagaimanapun, langkah-langkah yang lebih ketat diperlukan sekarang kerana hospital kekurangan keupayaan untuk merawat pesakit yang parah, kata Presiden Michel Aoun dalam kenyataan itu.

“Kami telah melihat pemandangan mengerikan warga yang menunggu di depan hospital untuk mendapatkan kerusi atau katil,” katanya.

Langkah-langkah baharu itu juga merangkumi prosedur yang lebih ketat di lapangan terbang untuk penumpang yang tiba dari Kaherah, Addis Ababa, Baghdad, Istanbul dan Adana.

Pelancong yang tiba dari destinasi ini perlu dikuarantin selama tujuh hari di sebuah hotel, sementara yang lain akan dikuarantin sehingga 72 jam.

Keseluruhan lalu lintas udara di lapangan terbang juga akan dipotong 20 peratus daripada tahap operasi normal dan pasar raya akan dihadkan kepada perkhidmatan penghantaran.

Antisipasi yang lebih ketat pada hari Isnin lepas mendorong ramai rakyat Lubnan menunggu dalam barisan panjang di depan pasar raya dan rak kosong.

Lubnan mencatatkan 3,743 jangkitan baharu kelmarin, menjadikan jumlahnya kepada 219,296 kes dan 1,606 kematian sejak 21 Februari. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button