Dunia

Arab Saudi kecam Israel bina 800 unit rumah Yahudi di Tebing Barat

Langkah rejim langgar undang-undang antarabangsa, ancam keharmonian

RIYADH, 29 Jamadilawal 1442H, Rabu – Arab Saudi mengecam keras keputusan rejim pengganas Israel untuk membina 800 unit perumahan baharu Yahudi di Tebing Barat yang dijajah. 

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri menegaskan Arab Saudi menolak langkah itu, kerana menyifatkannya sebagai pelanggaran terbaru terhadap undang-undang antarabangsa,  mengancam keharmonian dan melemahkan usaha penyelesaian dua negara. 

Isnin lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyambut baik pembinaan 800 rumah haram Yahudi. 

“Kami suka cita mengumumkan bahawa 800 pangsapuri baharu telah dibangunkan di Judea dan Samaria.

“Kita di sini akan terus membangunkan tanah Israel,” tulis Netanyahu menerusi kenyataan di Twitter.

Langkah itu dilakukan menjelang pelantikan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Joe Biden pada 20 Januari. 

Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur di anggap sebagai wilayah yang dijajah di bawah undang-undang antarabangsa, sekali gus menjadikan penempatan Yahudi di kawasan itu sebagai tidak sah.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button