Berita Utama

ISMA Johor Bahru, NZ Frozen Industries agih sumbangan kepada mangsa banjir

Sumbangan diagih ke rumah mangsa bagi melihat kesan banjir

ISKANDAR PUTERI, 29 Jamadilawal 1442H, Rabu – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor Bahru dan NZ Frozen Industries Sdn Bhd turun padang memberi sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Sepakat Baru, Skudai.

Sumbangan dalam bentuk keperluan harian diagihkan ke rumah mangsa-mangsa bagi melihat sendiri kesan banjir yang melanda kampung berkenaan.

Kira-kira 189 keluarga terjejas telah dipindahkan ke dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Skudai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Skudai.

Setiausaha ISMA Johor Bahru, Mohd Khairul berkata, pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan bencana banjir yang melanda, terutamanya di daerah Johor Bahru.

Turut bersama dalam program itu adalah Pengurus Operasi NZ Food Industries, Sulhi Nazir.

ISMA sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk turut serta meringankan beban mangsa banjir.

Orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui Tabung Sumbangan Mangsa Banjir ISMA Johor; ISMA DT SERVICES, Nombor akaun CIMB Bank:
8603 2634 23.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button