Berita Utama

ISMA ucap tahniah kepada anak Melayu, pemilik Aerodyne

Bangga syarikat dron bertaraf Bumiputera cipta nama di persada antarabangsa

BANGI, 1 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin merakamkan ucapan tahniah kepada Aerodyne yang mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

“Tahniah Aerodyne!

“Negara tentunya berbangga dengan Kamarulzaman Muhamed.

“Anak Melayu, pengasas dan pemilik syarikat dron yang ke-2 terbesar di dunia yang telah mengharumkan nama negara,” katanya menerusi catatan ringkas di Facebook hari ini.

Aerodyne adalah syarikat dron yang kedua terbesar di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara bertaraf bumiputera Malaysia.

Untuk rekod, Aerodyne Group merupakan peneraju syarikat teknologi multinasional di Malaysia dengan pengkhususan perkhidmatan dron dan pengurusan data di dalam bidang DT3 (Drone Technology, Data Technology & Digital Transformation).

Aerodyne kini telah berkembang dengan memiliki 400 kakitangan dan kini menduduki tempat ke-3 dalam Laporan Pembekal Perkhidmatan Dron Antarabangsa 2019 yang dikeluarkan oleh DRONE Industry Insight (DRONEII).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button