Berita Utama

Kerajaan Johor diminta pertimbang diskaun bil air mangsa banjir

Banjir di kawasan DUN Johor Lama kerap berlaku hujung atau awal tahun

KOTA TINGGI, 1 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Kerajaan Johor diminta menimbang pemberian diskaun bil air hingga 50 peratus kepada mangsa banjir berikutan penggunaan air yang banyak untuk mencuci kotoran lumpur di rumah atau premis mereka selepas bencana alam itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Lama, Rosleli Jahari berkata, pemberian diskaun itu dapat mengurangkan beban mangsa khususnya penduduk di sekitar DUN Johor Lama yang dilanda banjir sebanyak dua kali.

“Saya amat simpati dan memahami beban penduduk yang akan terkesan membayar bil air yang tinggi kerana digunakan bagi membasuh rumah dan kedai akibat dua kali dilanda banjir baru-baru ini.

“Di kawasan DUN Johor Lama, hampir 250 keluarga khususnya di Taman Aman, Taman Mawai, Kampung Makam, KampungTembioh serta pusat bandar Kota Tinggi mengalami banjir buruk disertai lumpur,” katanya kepada pemberita pada program gotong-royong pembersihan rumah mangsa banjir di Kampung Tembioh, di sini hari ini.

Rosleli turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan pembersihan rumah kepada lima ketua keluarga yang dilanda banjir.

Menurut beliau, isu banjir di kawasan DUN Johor Lama bukan perkara baharu dan sering kali berlaku setiap hujung atau awal tahun. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button