Dunia

Kes COVID-19 seluruh dunia kini lebih 93 juta

Data Johns Hopkins University lapor 1.99 juta kematian ketika ini

MOSCOW, 2 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia sudah melebihi 93 juta, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut data Johns Hopkins University pada Jumaat jumlah sebenar kes ialah 93,018,040 dengan lebih 1.99 juta kematian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan COVID-19 sebagai wabak pada 11 Mac. Sebilangan besar kes setakat ini direkodkan di Amerika Syarikat, India dan Brazil. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button