Berita UtamaDunia

Varian baharu B.1.1.529 dinamakan ‘Omicron’, kategori membimbangkan

Mula 'serang' Afrika Selatan, punca kes meningkat mendadak

GENEVA, 22 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan strain baharu COVID-19, B.1.1.529 sebagai varian membimbangkan (VOC) dan dinamakan sebagai Omicron.

Klasifikasi itu meletakkan Omicron yang kali pertama dikesan di Afrika Selatan dalam kategori varian COVID-19 paling membimbangkan seperti Delta, Alpha, Beta dan Gamma.

Bukti menunjukkan perubahan memudaratkan dalam epidemiologi COVID-19, dan WHO menetapkan B.1.1.529 sebagai VOC yang dinamakan Omicron, menurut WHO dalam satu kenyataan.

Agensi kesihatan yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu memaklumkan, pihaknya perlu beberapa minggu bagi menyiapkan kajian terhadap Omicron.

Ia bagi melihat sama ada terdapat sebarang perubahan kesan terhadap diagnostik, terapeutik atau vaksin.

Sejak penemuannya pada 9 November, ciri-ciri Omicron bertepatan dengan peningkatan mendadak jangkitan COVID-19 di rantau ini.

Ketua teknikal COVID-19 untuk program kecemasan kesihatan WHO, Maria Van Kerkhove berkata, varian itu mempunyai sifat kerana bilangan besar mutasinya.

Dalam tempoh beberapa minggu lalu, jangkitan di Afrika Selatan meningkat secara mendadak.

“Varian itu mempunyai sejumlah besar mutasi, sesetengahnya adalah membimbangkan.

“Bukti awal mencadangkan peningkatan risiko jangkitan semula dengan varian itu berbanding VOC lain,” kata WHO.

Selain Afrika Selatan, Omicron juga dilaporkan dikesan di Israel membabitkan seorang individu yang tiba dari Malawi; Botswana, Belgium dan Hong Kong. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button