Berita UtamaDunia

Akur desakan, tahanan Palestin di Israel diberi vaksin COVID-19

PPS lapor keengganan Israel beri vaksin kepada PBB, WHO, ICRC

TEL AVIV, 3 Jamadilakhir 1442H, Sabtu – Warga Palestin yang ditahan di penjara Israel akan diberi vaksin COVID-19 mulai minggu hadapan.

Menteri Kesihatan Israel, Yuli Edelstein berkata, suntikan vaksin itu adalah sebahagian daripada program anti-COVID-19.

“Saya tidak akan berat sebelah dan memeriksa vaksin apa yang diberikan kepada penjaga dan tahanan penjara,” katanya.

Langkah berkenaan berlaku meskipun Menteri Keselamatan Dalam Negeri Israel, Amir Ohana mengarahkan pihak berkuasa untuk tidak menyuntik vaksin kepada tahanan Palestin, sebaliknya hanya meminta pegawai kesihatan melakukan perkara itu kepada kakitangan penjara.

Bagaimanapun, menurut Jerusalem Post, Kementerian Kesihatan telah menerima surat dari Presiden Reuven Rivlin, di mana beliau mengkritik rancangan mengasingkan tahanan Palestin dari program vaksinasi

Sementara itu, ketua Persatuan Tahanan Palestin (PPS), Qadura Fares menyifatkan perkara berkenaan sebagai sikap rasis Ohana selain bertentangan dengan norma antarabangsa dan undang-undang Israel.

“Penasihat kehakiman pemerintah Israel menyatakan bahawa pihak berkuasa harus memberi vaksin kepada para tahanan Palestin,” katanya.

Menurut PPS, angka tahanan yang dijangkiti wabak itu di Penjara Ramon telah meningkat sebanyak 31 orang.

Ia sekali gus menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan sejak awal wabak itu dikesan sebanyak 227 orang.

Pada masa sama, PPS telah menulis surat kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mengenai perkara itu.

“WHO menegaskan bahawa tahanan mempunyai hak untuk mendapat vaksin dan Israel harus maklum mengenainya. Namun, Israel tidak ambil peduli, “ kata Qadura.

Menurut undang-undang antarabangsa, Israel bertanggungjawab dalam perkara berkenaan meskipun bertindak sebagai penjajah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button