Berita UtamaDunia

Israel mengganas di Ramallah

Tujuh cedera parah kini dirawat di hospital

TEBING BARAT, 23 Jamadilakhir 1445H, Jumaat – Remaja Palestin menjadi mangsa terbaharu rejim Israel, manakala tujuh yang lain cedera parah dalam serangan terbaharu yang dilancarkan tentera pengganas di Beit Rima, Ramallah.

Sumber tempatan mengesahkan remaja yang terkorban adalah Osaid Tareq al-Rimawi, seorang pelajar berusia 17 tahun yang cedera parah selepas terkena tembakan di bahagian dada dalam serangan tentera pengganas.

Hospital Salfit mengesahkan kemasukan tujuh lagi individu yang cedera akibat terkena tembakan tentera Israel dalam serangan yang sama.

Kesemua remaja itu menjadi mangsa serangan hendap oleh pasukan pendudukan Israel, bahkan beberapa yang lain juga ditangkap ketika serbuan sebelum subuh, awal pagi Jumaat.

Kesemua yang cedera bagaimanapun telah dipindahkan ke hospital lain untuk rawatan dan kesemua mereka berada dalam keadaan krtikal.

Pada masa yang sama, rejim Zionis berkenaan turut menyerbu beberapa rumah, merosakkan pintu beberapa pertubuhan komersial, dan memusnahkan sebuah kafe tempatan semasa serangan itu.

Terdahulu berlaku konfrontasi antara penduduk  tempatan dan pasukan pendudukan berikutan pencerobohan dan peyerbuan yang dilkukan tanpa alasan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button