Berita Utama

Gondol hutan Pahang: Kenyataan menteri iyakan hujah pakar, NGO

Inilah hakikat sebenar cuba dinafikan oleh kerajaan negeri Pahang

BANGI, 3 Jamadilakhir 1442H, Sabtu – Kenyataan Menteri Alam Sekitar, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkenaan bencana alam di negeri Pahang seumpama mengiyakan hujah-hujah yang telah dikeluarkan pakar termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini.

Naib Presiden Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masridzi Sat berkata, itulah hakikat sebenar yang perlu diketahui semua pihak meskipun kerajaan negeri cuba menafikannya.

“Pencerobohan tanah, bukit bukau yang ditarah dan digondol menyebabkan ekosistem hutan tadahan air rosak.

“Air yang tiada sistem aliran dan serapan yang betul kerana tersumbat menyebabkan menjadi limpahan yang membawa banjir besar,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya menyatakan, rasa syukur setelah Menteri Alam Sekitar senada dengan pendapat pakar geologi dan golongan akademik mengenai hakikat aktiviti penggondolan yang menjadikan banjir di Pahang sangat teruk seperti apa disaksikan kini.

Katanya, dalam laporan khas baru-baru ini, Tuan Ibrahim antaranya berkata, aktiviti pembukaan hutan yang menyumbang kepada bencana alam berkenaan ialah pembalakan dan projek durian ‘Musang King’.

Katanya lagi, ini juga selari dengan apa yang diperkatakan di Mahkamah Tinggi Kuantan pada tahun lalu bahawa kawasan yang diceroboh untuk menanam Musang King di Raub adalah kawasan tadahan air, dan kerajaan negeri harus bertindak serius.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button