Berita Utama

PH bincang kerjasama Anwar, Tun M?

Difahamkan cadangan kerjasama dibangkitkan Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR, 3 Jamadilakhir 1442H, Sabtu – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dilaporkan membincang cadangan kerjasama antara Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Difahamkan cadangan kerjasama itu dibangkitkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada mesyuarat yang diadakan pada 11 Januari lalu.

Astro Awani melaporkan, sumber dalaman PKR bagaimanapun memaklumkan, tiada sebarang keputusan dibuat berhubung cadangan itu.

“Memang benar isu kerjasama di antara Anwar dan Dr Mahathir dibincang dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada Isnin lalu, tapi tiada sebarang keputusan diambil.

“Hal itu berada pada kedudukan tiada sebarang komitmen dibuat,” kata sumber.

Sumber yang didakwa rapat dengan Anwar memberitahu, kira-kira 95 peratus perbincangan dalam mesyuarat melibatkan isu darurat dan ancaman COVID-19.

Sebelum ini, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan, Anwar sedia bekerjasama dengan Dr Mahathir dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam menghadapi PRU15.

Dr Mahathir bagaimanapun pada 31 Disember lalu, membayangkan kerjasama dengan Anwar tidak mungkin berulang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button