Berita Utama

Dakwaan PKP di Kedah mulai esok palsu

Jangan tular maklumat tak sahih, boleh cetus kekeliruan awam

KUALA LUMPUR, 4 Jamadilakhir 1442H, Ahad – Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kedah bermula esok sehingga 31 Januari ini, seperti yang tular di media sosial.

Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada 11 malam tadi.

Sehubungan itu, MKN meminta orang untuk tidak menularkan maklumat tidak sahih, yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran awam. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button