Berita UtamaDunia

UAE, negara haram Israel rancang ikuti latihan ketenteraan di Greece

Tarikh, lokasi sebenar masih belum diketahui

TEL AVIV, 4 Jamadilakhir 1442H, Ahad – Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan negara haram Israel merancang untuk mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan bersama di Greece.

Perkara itu diumumkan melalui kenyataan pertama syarikat ketenteraan antara kedua-dua pihak setelah menjalinkan hubungan normalisasi pada Ogos lalu.

Latihan itu turut membabitkan tentera udara dari Amerika Syarikat (AS), Kanada, Slovakia, Sepanyol dan Cyprus.

Bagaimanapun, tarikh sebenar dan lokasi tepat berkaitan latihan itu masih belum ditentukan.

UAE sebelum ini telah bergabung dengan Israel dalam latihan ketenteraan, tetapi ini adalah kali pertama Abu Dhabi bersetuju supaya maklumat itu didedahkan.

Perjanjian normalisasi UAE-Israel mencetuskan protes dan kecaman di negara-negara muslim dan Arab, selain menyifatkannya sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap rakyat Palestin.

Negara-negara lain turut mengikut jejak UAE dalam menjalinkan hubungan normalisasi dengan Israel, termasuk Bahrain, Sudan dan Maghribi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button