Berita UtamaDunia

UK beri dana kepada lapangan terbang susulan peraturan ketat COVID-19

Pelancong ke Britain mesti disahkan negatif ujian coronavirus mulai esok

LONDON, 4 Jamadilakhir 1442H, Ahad – Kerajaan Britain akan memberikan bantuan kewangan kepada lapangan terbang sebelum akhir bulan Mac, selepas industri meminta dukungan mendesak susulan peraturan COVID-19 yang lebih ketat untuk pelancong antarabangsa mulai esok.

Menteri Penerbangan, Robert Courts berkata, kerajaan akan melancarkan program sokongan baharu bulan ini.

“Skim Sokongan Operasi Lapangan Terbang dan Darat akan membantu lapangan terbang mengurangkan kos mereka dan kami menyasarkan untuk memberikan geran sebelum akhir tahun kewangan ini,” katanya di media sosial, sambil menambah bahawa butiran lanjut akan menyusul.

Bermula jam 4 pagi waktu tempatan esok, semua pelancong ke Britain mesti negatif ujian COVID-19 yang terbaru dan bersedia untuk kuarantin di rumah selama 10 hari ketika ketibaan.

Britain melarang perjalanan antarabangsa, bermakna jadual penerbangan pada masa ini minimum.

Bagaimanapun penarikan sebarang kuarantin perjalanan bebas akan menjadi tamparan hebat bagi industri ini.

Sekatan terbaru itu disebabkan gelombang penyakit ketiga yang menyebabkan jumlah kematian harian di Britain dan kebimbangan varian coronavirus baru yang ditemui di Brazil. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button