Pesawat tempur Israel bom lokasi kedudukan Hamas
Ia tindak balas terhadap 2 serangan roket dilepaskan lebih awal

BANDAR GAZA, 5 Jamadilakhir 1442H, Isnin – Pesawat tempur Israel melancarkan serangan ke Semenanjung Gaza pagi tadi sebagai tindak balas terhadap dua serangan roket yang dilepaskan lebih awal dari kawasan yang dikepung.
Jurucakap tentera, Avichay Adraee berkata, pesawat itu melancarkan serangan ke atas ‘bengkel penggalian terowong’ milik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).
“Serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap ‘dua roket yang dilancarkan dari utara Semenanjung Gaza ke arah kawasan pantai berhampiran bandar Ashdod,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.
Sementara itu, wartawan Anadolu Agency di Semenanjung Gaza melaporkan, dron dan pesawat perang Israel mengebom dua tempat, yang terletak di timur bandar Rafah dan Khan Yunis.
Bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. – Agensi