Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat ditutup sementara
Pelanggan punyai masalah dinasihat hubungi cawangan berdekatan

BANGI, 5 Jamadilakhir 1442H, Isnin – Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 ditutup sementara bermula Isnin sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan berkata, buat masa ini, pelanggan yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan permohonan BPR dinasihatkan untuk menghubungi cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) yang berdekatan.
“Pelanggan juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) BPR yang telah dimuat naik pada portal BPR di https://bpr.hasil.gov.my/ untuk penjelasan terperinci berkaitan urusan pendaftaran MyBPR, Permohonan Baharu dan Kemas kini maklumat BPR,” katanya.
Jelas kenyataan itu lagi, pendaftaran MyBPR boleh dibuat menerusi pautan https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPendaftaranMyBPR.pdf.
Manakala bagi permohonan baharu dan kemaskini pula di
https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPermohonanBarudanKemasKini.pdf.
Terdahulu, LHDN memaklumkan tempoh permohonan dan kemas kini BPR 2021 bermula dari 15 Januari sehingga 15 Februari depan.