Berita Utama

UMNO tangguh PAU 2020

Presiden setuju pemilihan di semua peringkat diteruskan pada tarikh sesuai

BANGI, 5 Jamadilakhir 1442H, Isnin – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Januari ini akan ditangguhkan ke suatu tarikh baharu kelak. 

Penangguhan itu selaras dengan Proklamasi Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan ketika ini. 

Serentak itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan ahli-ahli parti supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19. 

“Dimaklumkan juga bahawa YB Dato’ Seri Presiden UMNO bersetuju agar pemilihan UMNO akan diteruskan di semua peringkat seperti dijadualkan pada tarikh yang sesuai tahun 2021 ini. 

“Sementara itu, semua ahli UMNO adalah diingatkan agar sentiasa merapatkan barisan bagi menumpukan kepada isu-isu membela dan membantu rakyat pada ketika yang begitu mencabar ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP 2.0 di beberapa negeri selama dua minggu sehinga 26 Januari bagi menurunkan kadar kes jangkitan harian COVID-19. 

 Selain itu, Yang di-Pertuan Agong juga memperkenankan pengisytiharan darurat di seluruh negara sehingga 1 Ogos atau ke suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes jangkitan harian dapat dikawal serta diturunkan dengan berkesan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button