Berita Utama

Cadangan lanjut operasi kedai makan hingga 10 malam akan diteliti

Keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR, 6 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Kerajaan akan mempertimbangkan cadanagn untuk membenarkan operasi peniaga makanan dilanjutkan sehingga jam 10 malam berbanding 8 malam ketika ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan mengenai perkara tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat selepas mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Beberapa hari tular di media sosial dan melalui mesej WhatsApp yang saya terima, ramai merungut dan memohon supaya operasi kedai makan atau restoran dilanjutkan, iaitu dari jam 6 pagi sehingga 10 malam.

“Ramai memberi pandangan bahawa apabila ditutup jam 8 malam, ia menyukarkan mereka mendapatkan makanan. Jadi kita minta supaya KKM memberi pandangan kepada MKN mengenai cadangan dan permohonan daripada ramai rakyat di luar sana.

“Insya-Allah, jika diputuskan (dibenarkan atau tidak kedai makan operasi hingga 10 malam), akan diumumkan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri tidak menolak kemungkinan pelbagai pihak daripada sektor lain akan meminta lanjutan waktu operasi, jika kedai makan mendapat kebenaran berniaga hingga 10 malam.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button