Berita Utama

Menteri Perpaduan positif COVID-19

Halimah akan pastikan urusan kementerian berjalan lancar

KUALA LUMPUR, 5 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique disahkan positif COVID-19 dan akan menjalani rawatan serta tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di Johor Bahru.

Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan hari ini memberitahu, sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan, Halimah akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementerian berjalan lancar.

“Datuk Halimah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf atas segala kesulitan dan masalah yang timbul akibat perkembangan ini,” menurut kenyataan itu.

Halimah menjalani ujian saringan COVID-19 semalam dan disahkan positif oleh KKM hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button