Berita Utama

PAS mahu UMNO, Bersatu bergabung dalam PRU-15

Tiada satu pun parti yang kuat, stabil boleh memerintah dengan sendiri

KUALA LUMPUR, 6 Jamadilakhir 1442H, Selasa – PAS mahukan supaya UMNO yang menerajui Muafakat Nasional, dan Bersatu yang mengetuai Perikatan Nasional ‘bergabung’ semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, ini disebabkan ketika ini tiada satu parti yang kuat dan stabil boleh memerintah dengan sendiri tanpa gabungan parti lain bagi membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU15.

“Kita (PAS) berharap dua (parti) ini (UMNO dan Bersatu) bergabung. Tiada parti yang boleh menang sendiri dalam PRU15,” katanya ketika menjadi tetamu dalam talian rancangan Bicara Negarawan anjuran Majlis Porfesor Negara dengan tajuk Masa Depan Malaysia; Ke Mana Kita? hari ini.

“Kita utamakan parti gabungan orang Melayu dahulu supaya kepimpinan Islam itu dapat diwujudkan dengan kuat dan pada masa sama juga melibatkan masyarakat majmuk. Sekiranya orang Melayu berpecah, akan berlaku kecelaruan,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button