Berita UtamaDunia

Polis Turki siasat akaun Twitter dakwa Erdogan meninggal

30 orang dirujuk kepada badan kehakiman untuk siasatan

ANKARA, 28 Rabiulawal 1443H, Khamis – Polis Turki sedang menyiasat berpuluh-puluh pengguna media sosial kerana didakwa menyebarkan khabar angin bahawa Presiden Recep Tayyip Erdogan telah meninggal dunia, lapor media tempatan.

Polis berkata, mesej ‘manipulatif’ telah disiarkan di bawah tanda pagar Twitter #olmus, yang bermaksud ‘nampaknya telah mati’ dalam bahasa Turki, menurut satu kenyataan bertulis.  

Seramai 30 orang yang disyaki menyiarkan pembohongan itu telah dirujuk kepada badan kehakiman untuk siasatan, kata kenyataan berkenaan.

Seorang penasihat kepada parti AKP pimpinan Erdogan iaitu Yasin Aktay menafikan laporan tersebut dengan berkata: “Berita itu tidak tepat.”

Selain itu, satu video telah dimuat naik ke Twitter untuk menamatkan khabar angin dengan menunjukkan Erdogan tiba di Ankara bersama isterinya dalam penerbangan dari Istanbul.

Awal minggu ini, Erdogan membatalkan rancangan untuk menghadiri persidangan iklim global di Glasgow kerana Britain gagal memenuhi tuntutan Turki mengenai pengaturan keselamatan – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button