Berita Utama

FELDA beli 10 juta lagi saham FGV

Tawaran RM1.30 sesaham dibuka untuk penerimaan sehingga 2 Februari

KUALA LUMPUR, 7 Jamadilakhir 1442H, Rabu – FELDA membeli 10 juta lagi saham FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka dengan harga RM13 juta.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata, saham berkenaan dibeli pada harga RM1.30 sesaham semalam.

Pembelian itu meningkatkan jumlah saham FGV yang diperoleh FELDA setakat minggu ini kepada 51 juta saham.

Pada Isnin, agensi itu membeli 41 juta saham menerusi pasaran terbuka pada harga RM53.3 juta, dengan RM1.30 sesaham.

Ini selepas agensi itu mengeluarkan dokumen tawarannya pada hari Selasa minggu lalu berkaitan dengan tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat untuk semua baki saham dalam FGV yang tidak dimilikinya, kecuali saham perbendaharaan.

Tawaran RM1.30 sesaham akan dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang, 2 Februari, melain dilanjutkan atau disemak semula.

Pada 8 Disember 2020, FELDA yang sudah pun memiliki 21.24 peratus pegangan dalam FGV, menambah pegangannya dalam syarikat itu kepada 35.12 peratus dan bercadang menjadikan FGV syarikat persendirian pada RM1.30 sesaham.

Tambahan pegangan 13.88 peratus itu dibeli daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP sebanyak 6.1 peratus dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (7.78 peratus). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button