Berita Utama
MCMC nafi keluarkan poster amaran
'Akan ambil langkah wajar bendung penyebaran maklumat tak sahih'

PUTRAJAYA, 7 Jamadilakhir 1442H, Rabu – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan pihaknya mengeluarkan sebuah poster berbentuk amaran yang meminta agar orang ramai tidak menggunakan tanda pagar #SiBodohKauDengarSini menerusi laman Twitter.
Dalam kenyataan hari ini, MCMC berkata poster berkenaan yang tular di media sosial mengandungi kesalahan fakta yang direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta yang digunakan ke atas individu yang melanggar amaran berkenaan.
“Pihak MCMC akan terus mengambil langkah-langkah yang wajar bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih,” katanya. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.