Berita UtamaDunia

28 maut dalam serangan pengeboman bunuh diri berkembar di Iraq

‘Letupan dua kali’ berlaku di pasar sibuk di kawasan Bab Al-Shajri

BAGHDAD, 8 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan pengebom bunuh diri berkembar di ibu kota Baghdad, Iraq pagi ini.  

Ini adalah pengeboman bunuh diri pertama yang melanda kota itu dalam hampir dua tahun, dan yang pertama dalam tiga tahun yang menyasarkan kawasan komersial sama, tidak lama setelah Perdana Menteri ketika itu, Haidar Al-Abadi menyatakan kemenangan atas Daesh.

‘Letupan dua kali’ itu dilaporkan berlaku di pasar yang sibuk di kawasan Bab Al-Shajri berhampiran Dataran Tayaran, lapor Iraq News Agency (INA), yang memetik pengarah Komando Operasi Baghdad, Brigadier Jeneral Hazem Al-Azzawi.

Dua pengebom berani mati dipercayai meletupkan bahan letupan di pasar luar yang menjual pakaian terpakai.

Kementerian Kesihatan Iraq mengumumkan semua hospital Baghdad digerakkan untuk merawat mereka yang cedera.

Walaupun belum ada yang mengaku bertanggungjawab, taktik tersebut banyak digunakan oleh Daesh dalam beberapa tahun terakhir dan pendahulunya Al-Qaeda di Iraq.  

Gerakan Daesh dilaporkan telah dipatahkan pada akhir tahun 2017 walaupun ‘sisa-sisanya’ masih tersebar di seluruh Iraq dan Syria Timur.

Pengeboman terbaharu itu berlaku hanya beberapa hari setelah pemerintah sebulat suara memilih untuk menangguhkan pilihan raya umum negara itu hingga Oktober tahun ini. Ia pada asalnya dijadualkan pada 6 Jun. 

Sebelum ini, Perdana Menteri, Mustafa Al-Kadhimi berjanji akan mengadakan pemilihan awal setelah memegang jawatan itu tahun lalu, untuk menenangkan para penunjuk perasaan antikerajaan yang menuntut pembaharuan sistem politik negara dan menghentikan rasuah serta layanan awam yang buruk. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button