Berita Utama

3,170 kes baharu dikesan hari ini

Sebanyak 16 lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan

PUTRAJAYA, 8 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Sebanyak 16 lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, termasuk 11 daripadanya adalah kluster di tempat kerja sementara 3,170 kes baharu direkodkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata kluster di tempat kerja membabitkan dua di Kuala Lumpur iaitu Kluster Jalan Terolak dan Kluster Pasar Borong KL; di Johor melibatkan Kluster Seri Bayu, Kluster Tampoi Tujuh dan Kluster Jalan Sempadan serta Kluster Kota Muhibbah dan Jalan Slim masing-masing di Perak.

Juga kluster di tempat kerja adalah Kluster Silimpopon dan Ladang Sebrang (Sabah); Kluster Orion di Kedah serta Kluster Jalan Canang Emas di Selangor.

“Kluster aktiviti keagamaan pula Kluster Taman Sejahtera di Perak, sementara kluster kumpulan berisiko adalah Kluster Mandin Jaya (Pulau Pinang) dan Kluster Jalan Kelapa (Selangor) serta dua kluster jangkitan komuniti ialah Kluster Kampung Tanah Merah (Terengganu) dan Kluster Gunung Raya (Kedah),” katanya.

Bercakap pada sidang media perkembangan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, beliau berkata pengesanan kluster baharu itu menjadikan jumlah kluster kini 701 dengan 327 kluster yang masih aktif. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button