Berita Utama

PKP lanjut hingga 4 Februari

Banyak daerah di negeri terlibat dikategori sebagai zon merah

PUTRAJAYA, 8 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dijadualkan berakhir 26 Januari telah dilanjutkan hingga 4 Februari untuk Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Johor, Sabah dan Kelantan.

Ia diselaraskan dengan penguatkuasaan PKP di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau mengatakan bahawa kebanyakan daerah di negeri-negeri ini juga telah dikategorikan sebagai zon merah.

“Susulan saranan Kementerian Kesihatan, mesyuarat khas Majlis Keselamatan Nasional (MKN) telah bersetuju untuk melanjutkan PKP di negeri-negeri ini hingga 4 Februari,” katanya.

Negeri-negeri berkenaan telah diletakkan di bawah PKP sejak 13 Januari lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button