Berita UtamaDunia

Turki kecam pelan penempatan baharu Israel

Halang langkah wujud perdamaian di wilayah tersebut

ANKARA, 8 Jamadilakhir 1442H, Khamis – Turki mengecam rancangan negara pengganas Israel untuk membina lebih 2,500 unit penempatan haram baharu di Tebing Barat dan Baitumalqdis Timur, lapor Anadolu Agency.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan semalam berkata, tindakan itu – pembinaan penempatan haram – bermakna mencegah penubuhan negara Palestin dengan integriti geografi dan mengubah status Baitulmaqdis

“Peningkatan jumlah tindakan tersebut sebelum setiap pilihan raya mencerminkan mentaliti oportunis,” katanya sambil menambah ia juga menghalang langkah mewujudkan perdamaian di wilayah tersebut.

Menerusi kenyataan itu juga, kementerian meminta masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan bagi memastikan hak-hak rakyat dan wilayah Palestin dilindungi dalam menghadapi mentaliti pemerintahan Israel.

Pada Selasa lalu, Israel menerbitkan tender untuk membina 2,572 rumah peneroka baharu di Tebing Barat, termasuk 460 unit di Baitulmaqdis Timur.

Langkah itu dilakukan setelah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada 11 Januari meluluskan pembinaan 800 unit penempatan di wilayah yang diduduki.

Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur dianggap sebagai ‘wilayah yang diduduki’ di bawah undang-undang antarabangsa, menjadikan semua penempatan Yahudi di sana tidak sah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button