Berita UtamaDunia

Kerana hasad dengki, penduduk haram ‘bakar’ rumah Palestin

Zionis turut lepaskan peluru logam, gas pemedih mata terhadap penduduk kampung

BAITULMAQDIS, 10 Jamadilakhir 1442H, Sabtu – Dua buah rumah warga Palestin terbakar akibat serangan penduduk haram Israel, yang melemparkan bom petrol di perkampungan Burin di Nablus, dekat Tebing Barat.

Ketika penduduk setempat berusaha memadamkan kebakaran itu, rejim pengganas Israel yang tiba di tempat kejadian pula bertindak melepaskan peluru logam bersalut getah serta gas pemedih mata ke arah mereka.

Ramai yang sesak nafas akibat terhidu gas berkenaan, manakala seorang penduduk berusia dalam lingkungan 30-an turut ditangkap.

Kejadian itu berlaku tidak lama selepas penduduk haram menutup beberapa jalan dan persimpangan selain menyerang kenderaan warga Palestjn dengan batu dan botol kosong.

Menurut saksi, mereka dapat mengenal pasti penduduk haram yang melemparkan bom petrol namun tidak ditahan oleh rejim Zionis.

Serangan oleh penduduk haram ke atas harta benda Palestin adalah perkara biasa, terutama mereka yang berhaluan kanan.

Rejim Zionis sentiasa melindungi penduduk haram yang bebas menindas serta menyerang rakyat Palestin.

Lebih daripada 600,000 penduduk haram Yahudi yang tinggal di lebih daripada 259 penempatan di Tebing Barat yang diduduki.

Menurut undang-undang antarabangsa, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur adalah wilayah Palestin yang diduduki, manakala semua penempatan yang dibina dan penduduk Yahudi yang tinggal di sana adalah haram. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button