Berita Utama

Kes harian tertinggi 4,275

260 kes sedang dirawat di ICU, 103 perlukan bantuan pernafasan

KUALA LUMPUR, 10 Jamadilakhir 1442H, Sabtu – Kes baharu COVID-19 hari ini merekodkan jumlah tertinggi iaitu 4,275 kes selepas merekodkan 4,029 kes pada 16 Januari lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah kes sembuh turut merekodkan angka tertinggi hari ini iaitu 4,313 kes yang melebihi angka kes baharu sekali gus menjadikan keseluruhan kes sembuh sebanyak 137,019 setakat ini.

“Dari jumlah kes baharu hari ini, 4,264 kes adalah penularan tempatan manakala 11 lagi kes import. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes baharu ialah 180,455 kes dengan kes aktif 42,769 kes,” menurutnya dalam kenyataan perkembangan situasi COVID-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, tujuh lagi kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah korban akibat virus berbahaya itu setakat ini ialah 667 kes.

Memperincikan lanjut, beliau berkata, terdapat 260 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 103 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button