Berita UtamaDunia

Pesawat Dubai dilarang mendarat di Denmark

Larangan berkuat kuasa selama lima hari bermula hari ini

COPENHAGEN, 10 Jamadilakhir 1442H, Sabtu –  Denmark melarang semua pesawat dari Dubai untuk mendarat di negara itu mulai hari ini, berikutan khuatir akan penularan wabak COVID-19.

Perintah larangan itu berkuat kuasa selama lima hari.

Kementerian Pengangkutan Denmark berkata, pihaknya mencurigai akan ujian COVID-19 yang dilakukan di Dubai sebelum penumpang berlepas selain tidak menolak kemungkinan ia tidak boleh dipercayai.

Kementerian itu berkata, maklumat terperinci mengenai perkara itu telah diterima.

Bermula awal bulan ini, Denmark mewajibkan semua pengunjung perlu menunjukkan hasil negatif COVID-19 dalam ujian yang dilakukan 24 jam sebelum tiba di negara itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button