Berita Utama

10 juta pelitup muka dibuang dalam masa sehari

Perlu ada SOP betul untuk pembuangan PPE secara selamat: Lam Thye

KUALA LUMPUR, 11 Jamadilakhir 1442H, Ahad – Pelitup muka yang sudah digunakan perlu dilupuskan dengan cara yang betul dan selamat bagi memastikan bakteria tidak merebak.

Ia juga termasuk kelengkapan perlindungan diri (PPE), sarung tangan, gaun plastik dan pakaian kawalan jangkitan, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata, kira-kira 10 juta pelitup muka dianggarkan dibuang setiap hari dengan sewenang-wenangnya.

“Sebilangan besar topeng muka dan sarung tangan ini berakhir di tempat pembuangan sampah atau mencemarkan longkang, parit dan sungai.

“Ia termasuk di laut dan menyebabkan ancaman lain kepada hidupan liar. PPE ini berkemungkinan dicemari patogen dan penyakit berjangkit seperti tuberkulosis yang menimbulkan bahaya yang nyata bagi manusia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Lam Thye berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang betul perlu dilaksanakan untuk pembuangan PPE yang selamat terutama di tempat awam.

Katanya, pihak berwajib harus meningkatkan usaha mereka menegakkan undang-undang menentang sampah.

“Untuk kelewatan sehari, 10 juta lagi akan dilupuskan lagi dan kebanyakan dari mereka tidak diurus dengan baik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan pihak berwajib untuk menjalankan kaedah kitar semula secara konvensional bagi mengatasi masalah pembuangan kelengkapan tersebut.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button