Berita UtamaDunia

5 maut dalam letupan bom sasar bekas Ahli Parlimen Somalia

Muhdin terselamat daripada letupan bom sasar dirinya bulan lalu

MOGADISHU, 11 Jamadilakhir 1442H, Ahad – Sekurang-kurangnya lima orang termasuk tentera terbunuh manakala empat yang lain cedera dalam letupan bom menyasarkan kenderaan membawa bekas Ahli Parlimen Somalia di ibu kota Mogadishu, kata seorang pegawai.

Letupan bom di tepi jalan itu berlaku di daerah Shibis, kata Abdifatah Hassan, seorang kapten polis di Mogadishu kepada Anadolu Agency.

Beliau berkata, bekas Ahli Parlimen, Muhdin Hassan Afrah serta beberapa pengawalnya cedera dalam letupan itu dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Bulan lalu Muhdin terselamat daripada letupan bom yang menyasarkan kenderaannya di daerah Kaaran di ibu negara, menurut media tempatan.

Belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, tetapi kumpulan militan yang berafiliasi dengan Al-Qaeda yang berpangkalan di Somalia telah mengaku bertanggungjawab atas beberapa pengeboman di negara Afrika itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button