Berita UtamaDunia

Ribuan rakyat Thailand berdemonstrasi gesa reformasi monarki, kerajaan

Desak mansuh Seksyen 112, perundangan jenayah kritik raja

BANGKOK, 25 Rabiulawal 1443H, Isnin – Penunjuk perasaan sekali lagi keluar membanjiri jalanan di Bangkok, mendesak reformasi terhadap monarki negara itu dan kerajaan tentera.

Dengan ribuan peserta yang hadir, perhimpunan pada Ahad adalah salah satu protes terbesar dalam beberapa bulan kebelakangan ini, walaupun terganggu sementara disebabkan hujan.

Demonstrasi berskala kecil telah menjadi pertembungan berterusan, terutama di kejiranan Din Daeng di Bangkok, beberapa daripadanya telah menjurus kepada pertempuran dengan polis.

Dalam salah satu protes, seorang remaja lelaki ditembak di kepala pada Ogos, menyebabkan dia koma selama dua bulan sebelum meninggal dunia minggu lalu.

Salah satu tema utama demonstrasi pada Ahad untuk menggesa pemansuhan Seksyen 112, perundangan yang menjenayahkan kritikan terhadap raja.

Walaupun pernah menjadi stigma untuk menggesa reformasi kepada monarki, penunjuk perasaan semakin berani dalam tuntutan mereka.

Amnesty International (Amnesty) berada di lapangan mengumpul tandatangan untuk petisyen, menuntut pembebasan aktivis terkemuka yang telah ditahan dan didakwa mengikut undang-undang.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button