Berita UtamaDunia

Hamas bakal adakan pemilihan sebelum pilihan raya Palestin

Pemilihan dalaman gerakan dijangka selesai pada 25 Februari

BAITULMAQDIS, 11 Jamadilakhir 1442H, Ahad – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) merancang untuk mengadakan pemilihan dalaman, pada masa sama mempersiapkan gerakan itu untuk pilihan raya umum, lapor Anadolu Agency.

Memetik laporan sumber, Anadolu Agency mengatakan bahawa Majlis Syura Hamas menolak usul untuk menunda pemilihan gerakan selama beberapa bulan bagi mempersiapkan diri menjelang pilihan raya umum.

Jumaat lalu, Pihak Berkuasa Palestin (PA), Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Presiden Fatah, Mahmoud Abbas mengeluarkan keputusan yang memerintahkan Jawatankuasa Pemilihan untuk mengadakan Pilihan Raya Parlimen pada 22 Mei, Pilihan Raya Presiden pada 31 Julai dan Majlis Nasional Palestin pada 31 Ogos.

Sumber berkata, Hamas sudah memulakan persiapannya untuk pemilihan dalaman, dengan menyatakan bahawa ia dijangka selesai pada 25 Februari.

Sumber lain memberitahu MEMO bahawa tahanan Hamas di dalam penjara Israel sudah selesai menjalankan pemilihan mereka.  

Bagaimanapun, sumber itu tidak mendedahkan nama kerana ia masih dirahsiakan hingga akhir pilihan raya di Gaza, Tebing Barat dan luar negara.

Sementara itu, gerakan-gerakan Palestin bakal mengadakan perjumpaan di Kaherah pada 5 Februari untuk membincangkan mekanisme yang akan menjamin kejayaan pilihan raya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button