Berita Utama

Mesir mula proses vaksinasi COVID-19 hari ini

Kakitangan perubatan jadi golongan pertama terima suntikan: Presiden Mesir

KAHERAH, 11 Jamadilakhir 1442H, Ahad – Mesir memulakan proses vaksinasi COVID-19 hari ini, membabitkan kakitangan perubatan sebagai golongan pertama menerima suntikan. 

Perkara itu dimaklumkan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dalam satu kenyataan yang dimuat naik pada Sabtu, menurut Reuters. 

Negara itu menerima penghantaran vaksin pertama yang dibangunkan oleh China National Pharmaceutical Group (Sinopharm) pada bulan Disember. 

Mesir akan menerima 40 juta botol melalui pakatan vaksin GAVI untuk 20 juta orang, atau 20 peratus daripada 100 juta penduduk, kata Menteri Kesihatannya minggu lalu.

Setakat ini, Mesir merekodkan 748 kes baharu dan 52 kematian. 

Namun, pegawai kesihatan mengatakan bahawa jumlah sebenar berkemungkinan lebih tinggi kerana kadar pengujian saringan sangat rendah di negara itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button