Berita UtamaDunia

Khemah terbakar, pelarian Syria larikan diri dari kem Lubnan

Penduduk berang pelarian dapat pekerjaan ketika krisis kewangan

BEIRUT, 13 Jamadilawal 1442H, Isnin – Ratusan pelarian Syria melarikan diri dari kem sementara di utara Lubnan selepas khemah mereka terbakar ketika pergaduhan antara pemuda tempatan dan penduduk kem.

Dalam insiden berkenaan, sekurang-kurangnya tiga orang cedera dalam pergaduhan di wilayah Miniyeh berhampiran bandar pesisir Tripoli, kata Badan Berita Nasional milik Lubnan.

Ketegangan antara pelarian dan penduduk meningkat di Lubnan dalam beberapa tahun belakangan ini.

Pekerja kemanusiaan dan ahli politik berkata, mereka didorong oleh perkauman dan kemarahan orang yang menyalahkan pelarian kerana mendapat pekerjaan ketika krisis kewangan.

Lubnan telah menerima lebih dari satu juta pelarian Syria sejak bermulanya perang saudara di negara itu pada 2011.

Mereka telah menjadi sumber tenaga kerja murah yang signifikan untuk sektor pembinaan dan pertanian Lubnan.

Damascus mendesak pihak berkuasa kehakiman dan pasukan keselamatan Lubnan untuk ‘memikul tanggungjawab mereka’ bagi memastikan warganya dilindungi.

Menteri Luar Syria berkata, negara itu kesal dengan pembakaran yang menakutkan penduduknya sehingga menyebabkan kehilangan tempat tinggal.

Jurucakap agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Khaled Kabarra berkata, hampir 400 penduduk yang melarikan diri dari kem pergi ke perkhemahan tertutup lain atau menemui tempat tinggal sementara di sekolah dan hotel yang kosong. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button