Berita UtamaDunia
Jangkitan COVID-19 di Indonesia hampiri angka satu juta
809,488 pesakit dijangkiti virus telah sembuh
JAKARTA, 12 Jamadilakhir 1442H, Isnin – Jangkitan COVID-19 di Indonesia menghampiri angka satu juta kes, selepas merekodkan 9,994 lagi kes baharu, dalam tempoh 24 jam.
Kes positif keseluruhan di republik itu kini 999,256 kes, namun 809,488 pesakit yang dijangkiti virus itu dinyatakan telah sembuh.
Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id. hari ini, kes keseluruhan kematian akibat virus itu kini 28,132 orang, dengan tambahan 297 lagi kematian dalam 24 jam.
Provinsi Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 252,266 kes, manakala provinsi Jawa Timur menjadi provinsi paling tinggi kes kematian keseluruhan, iaitu 7,440 orang. – Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.