Dunia

UAE buka kedutaan di Tel Aviv?

Perjanjian normalisasi dengan rejim Israel cetus kemarahan masyarakat dunia

ABU DHABI, 12 Jamadilakhir 1442H, Isnin – Kabinet Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad meluluskan penubuhan kedutaan di Tel Aviv, menurut laporan media.

Bagaimanapun, tiada perincian lanjut mengenai pembukaan kedutaan itu dilaporkan oleh media UAE. 

Sebelum ini, UAE dan Israel bersepakat untuk menormalkan hubungan pada Ogos lalu – kesepakatan yang dibuat berikutan takut terhadap Iran. 

Sejak itu, Bahrain, Sudan dan Maghribi bersepakat untuk menjalin hubungan dengan Israel dalam perjanjian yang dibincangkan pada 2020 ketika pentadbiran bekas Presiden Donald Trump. 

Perjanjian itu mencetuskan kemarahan masyarakat dunia yang bersolidariti demi kebebasan Palestin yang dijajah. 

Rejim pengganas Israel menganggap Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya, meskipun ia ditolak oleh sebahagian besar masyarakat antarabangsa.

Rakyat Palestin berjuang untuk memastikan Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button