Berita Utama

Vaksinasi COVID-19 dijangka mulai Mac untuk petugas barisan hadapan

Fasa kedua untuk golongan rentan berumur 60 tahun ke atas

KUALA LUMPUR, 12 Jamadilakhir 1442H, Isnin – Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan program vaksinasi COVID-19 di negara ini dapat diselesaikan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, program vaksinasi itu akan melibatkan tiga fasa dengan fasa pertama dijangka bermula pada Mac ini melibatkan setengah juta vaksin untuk petugas barisan hadapan.

“Kita harap kita akan terima vaksin yang pertama pada akhir bulan depan. Tempoh vaksinasi (fasa pertama) ini kita jangkakan pada bulan Mac hingga Mei dengan dos yang pertama diberi dan lepas itu akan diadakan masa 21 hari sebelum kita berikan dos yang kedua.

“Fasa kedua ialah untuk golongan rentan melibatkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Kita akan khususkan vaksinasi kepada kumpulan ini.

“Fasa ketiga kita akan berikan kepada semua rakyat Malaysia iaitu sebanyak 17 juta, terutamanya mereka yang bekerja. Jadi, kita harap dapat selesaikan vaksinasi pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Inilah perancangan kita untuk kita tamatkan ataupun putuskan jangkitan COVID-19 dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media darurat COVID-19 KKM yang diadakan secara maya, di sini hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button