Berita Utama

3,585 kes baharu hari ini

11 kematian, 280 kes positif sedang dirawat di ICU

PUTRAJAYA, 13 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Jumlah kes baharu, hari ini dilaporkan sebanyak 3,585, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sebanyak 190,434.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tiga kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 3,582 kes adalah penularan tempatan.

Katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula merekodkan sebanyak 40,574 kes.

“Sebanyak 280 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 111 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Manakala 11 lagi kes kematian baharu dicatat dan jumlah kes kematian COVID-19 di Malaysia kini mencecah 700 kes,” katanya

Beliau berkata demikian dalam perkongsian di laman Facebooknya, hari ini.

Bagi kes sembuh pula, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 4,076 dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 149,160.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button