Berita Utama

61,832 kilogram ayam sejuk beku ‘meragukan’ dari Thailand dirampas

Dipercayai datang dari sumber penyembelihan yang tak diiktiraf

BUKIT KAYU HITAM, 13 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya merampas 5,161 ayam sejuk beku seberat 61,832 kilogram (kg).

Semua ayam berkenaan yang bernilai RM495,608 yang dibawa masuk dari Thailand dirmpas dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselematan Malaysia (ICQS) pada jam 4 petang, kelmarin.

Pengarah Maqis Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, daging ayam sejuk beku berkenaan dibawa masuk tanpa mematuhi syarat import, iaitu dipercayai datang dari pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf dan meragukan.

Katanya, kegagalan untuk mengemukakan maklumat berkenaan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pihak MAQIS tidak akan leka serta memandang mudah terhadap perkara ini dan akan terus komited dalam memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanah, mikro-organisma dan makanan yang diimport bebas daripada ancaman perosak penyakit bahan cemar.

“…dan tidak menjejaskan sektor pertanian negara serta mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button