Berita UtamaDunia

Halang baiki ‘Dome of the Rock’ , Jordan kecam Israel

Dakwa kerja pembaikan harus dapat kelulusan awal

AMMAN, 13 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Jordan mengecam tindakan negara penjajah Israel menghentikan kerja-kerja pembaikan Masjid Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) di perkarangan al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur.

Kementerian Luar Jordan dalam kenyataan semalam mengkritik tindakan itu dan menegaskan bahawa Wakaf Islam Baitulmaqdis adalah satu-satunya pihak berkuasa yang bertanggungjawab menjaga dan mengawasi perkarangan berkenaan.

Wakaf itu adalah pertubuhan dikendalikan Jordan yang bertanggungjawab untuk mengawasi tempat suci Islam dan Kristian di Baitulmaqdis.

Terdahulu, polis Israel menghentikan kerja yang dilakukan di Dome of the Rock yang disadur emas, pada Sabtu dan Ahad lalu serta melarang pemulihan segera kerja pemasangan elektrik.

Israel menegaskan, sebarang kerja pembaikan harus mendapatkan kelulusan awal walaupun tidak membabitkan struktur bangunan.

Difahamkan, polis Israel bertindak sedemikian berikutan seorang warga Palestin yang memanjat bumbung masjid Bab Al-Rahmeh untuk menampal simen bagi tujuan menghentikan kebocoran.

Israel menduduki Baitulmaqdis Timur – di mana Masjid Al-Aqsa berada- ketika Perang Arab-Israel 1967.

Negara penjajah itu ‘menganeksasi’ seluruh kota pada 1980 dalam gerakan yang tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button