Hari Australia disambut dengan protes, ribuan rakyat langgar arahan kesihatan awam
Bantah kebimbangan kesihatan, penganiayaan terhadap Orang Asli

MELBOURNE, 13 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Ribuan rakyat dijangka menentang kebimbangan kesihatan awam terhadap COVID-19 dan memprotes penganiayaan ke atas penduduk asli Australia ketika negara itu menyambut hari kebangsaannya hari ini.
Bagi penduduk asli Australia – yang mengesan keturunan mereka di benua itu sejak 50,000 tahun – percutian Hari Australia juga dikenali sebagai Hari Pencerobohan yang melambangkan pemusnahan budaya mereka oleh peneroka Eropah.
Di Sydney, kumpulan Orang Asli menggesa proses menuntut hari kebangsaan diubah, meskipun pegawai kesihatan negara telah menolak untuk membuat pengecualian terhadap peraturan penjarakan sosial untuk membenarkan orang ramai lebih dari 500.
Rakaman televisyen menunjukkan para penunjuk perasaan berkumpul pada awal hari ini dalam kumpulan kecil untuk mematuhi had.
Polis memberi amaran bahawa penunjuk perasaan akan berhadapan denda dan penjara kerana melanggar arahan kesihatan awam yang dirancang untuk mengehadkan penyebaran novel coronavirus.
Di Melbourne, penganjur perhimpunan berkata, para penunjuk perasaan akan diasingkan ke dalam kumpulan 100 orang dengan jarak 10 meter (30 kaki) antara masing-masing untuk mematuhi penjarakan jarak sosial.
Sementara ribuan rakyat berpusu-pusu ke pantai dan kawasan berkelah di seluruh negara untuk meraikan hari kebangsaan, banyak acara rasmi dibatalkan kerana sekatan coronavirus.
Australia berjaya dengan lebih baik daripada kebanyakan negara maju dalam wabak ini, dengan hanya kurang 28,800 kes dan 909 kematian, kebanyakannya di Victoria.
Victoria merekodkan hari ke-20 berturut-turut pada hari Selasa tanpa penularan tempatan. – Agensi