Berita Utama

Kes keganasan rumah tangga di Kelantan meningkat

Polis Kelantan kaji sama ada peningkatan kes ada kaitan dengan pelaksanaan PKP

KOTA BHARU, 13 Jamadilakhir 1442H, Selasa – Statistik kes gangguan seksual dan keganasan rumah tangga di Kelantan semakin meningkat sejak bermulanya penularan pandemik COVID-19, Mac tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, statistik menunjukkan kes gangguan seksual sepanjang 2020 adalah 184 kes berbanding 164 kes tahun sebelumnya. 

Manakala, bagi kes keganasan rumah tangga pula, kes tahun 2020 bertambah kepada 523 kes berbanding 519 pada 2019 atas pelbagai kesalahan.

Bagaimanapun, Shafien seperti dilapor BH Online berkata, pihaknya masih lagi mengkaji sama ada peningkatan kes ini berkaitan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19, atau sebaliknya.

“Semalam genap setahun kes COVID-19 berlaku dalam negara dan di Kelantan, trend jenayah agak berbeza sedikit. Bagi kesalahan seperti rogol dan cabul agak meningkat dalam tempoh pandemik COVID-19.

“Namun begitu, kita berharap agar kejadian sebegini dapat dikurangkan dan masyarakat memainkan peranan penting untuk sama-sama membantu mengelak ia daripada berlaku.

“…. termasuk melaporkan kepada pihak polis jika mempunyai maklumat berkaitan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button